Tuesday 24 February 2015

Rumah Ngaji

rumahngaji@qabilahtailor

Qabilah Tailor telah membuka pengajian Al-Quran dan Iqra bagi kanak-kanak dan Muslimat berhampiran dengan komuniti kami secara percuma. Sedikit pembelian anda daripada syarikat ini dapat membantu kami meneruskan pengajian ini kepada masyarakat. Semoga mendapat keredhaan Nya.

Kami masih belum mencukupi keperluan seperti berikut:
1. Rehal 
2. Buku Modul pengajian iaitu Buku Al Badar
3. Kipas
4.Alas yang selesa bagi pelajar
5. Rak Al-Quran
6. Upah Pembantu Guru Ngaji

Setakat ini , pelajar adalah dalam lingkungan 30 pelajar. Masa pengajian adalah selepas waktu Maghrib ,Isnin hingga Jumaat setiap minggu. Pengajar adalah pengurus syarikat ini sendiri. Semoga segala usaha kita untuk mencelikkan jiwa anak-anak dengan Al-Quran akan mendapat Rahmat dan keberkatan daripadaNya. Amin.

Untuk Keterangan hubungi 0126091908. Sekian,terima kasih.







Tempahan tengkolok, samping dan bengkung bersongket

Kami menerima tempahan tengkolok, samping dan bengkung bersongket secara pukal.